Jumaat, 25 Mac 2011

Program Keahlian di Sungai Buaya



Tarikh : 24/03/2011
Masa : 2.00 pm - 6.00
Hari : Khamis

Keluar untuk mencari ahli untuk perpustakaan dan perpustakaan jalur lebar sungai choh. Terima kasih pada Pn.Norizan bt Din dan juga Pn. Norazlina sekeluarga.. Kami telah diberikan layanan yang sungguh istimewa disepanjang kempen dijalankan. Walaupun cuma beberapa orang yang hadir, namun feedback nye sungguh memberansangkan. Kami juga ada membuat janji temu untuk membuat program di tempat mereka. Jumpa di sana yaaaa!!!







Rabu, 23 Mac 2011

Bengkel Menjahit Manik

Tarikh : 9/4/2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 am
Sila daftar sebelum 05 haribulan april 2011
pendaftaran RM 25 sahaja

Cepat, cepat..rebut peluang selagi masih ada! kami bawakan anda pengajar bertauliah untuk mengajar anda menjahit manik. Anda akan dibekalkan dengan ilmu jahitan manik asas, jahitan bentuk, dan jahitan diatas kain atau tudung.. jika anda ingin menjahit diatas baju anda sendiri, anda bolehla membawanya sekali.
Manik dan makan disediakan. Kelas selama 2 jam dan Sijil Penghargaan akan diberikan kepada peserta

sila daftar awal ye, sebab hanya 10 orang peserta sekali kelas. jika lambat, anda boleh menyertai di kelas lain. harap maklum. datang ke perpustakaan untuk mengisi borang.
terima kasih

Ahad, 20 Mac 2011

Mari Buat Blog

Jom kita buat blog. Blog ni memudahkan kita untuk mempromosi sesuatu barang atau perniagaan. Kalau dulu, kita terpaksa pergi ke rumah-rumah untuk menjual barang, tetapi, zaman era teknologi ni, hanya pakai jari sahaja. sekali klik, segala maklumat dapat diperolehi.
Luangkan sedikit masa anda untuk membuat blog. Jom kawan-kawan, kita buat blog! Pada yang tak tahu, tak mengapa, jangan risau... saya sedia membantu anda. Kalau tiada masa pun tidak mengapa, biarkan saya yang uruskan!!!
Mari-mari... jom kawan-kawan!!!serlahkan bakat yang anda ada dan jika mahu suka-suka...luahkan perasaan anda di blog.