Isnin, 14 November 2011

JOM SERTAI KAMI

Jom sertai kami...
latihan sedang berjalan dan akan terus berjalan sehingga bulan november 2012, sesiapa yang berminat tu, bolehlah berjumpa kru kami sekarang dan agen kami di sungai choh. Kami tidak memaksa, tetapi..sesiapa yang rajin menyimpan sijil..bolehlah mengikuti latihan ini.. Saya tahu, kat luar sana..ramai yang dah ditahap pro dah..tapi..ini lah peluang kita untuk merebut sijil kan...ianya sangat berbaloi-baloi...haha..
oklah, latihan ini mengandungi 5 modul dan 5 sijil serta 5 buku untuk rujukan pelajar! 

Masa : ikut masa peserta (terpulang)
Umur : sekolah rendah (4,5,6-hanya boleh mengambil Intel Easy Step), Sekolah menengah, Remaja,      
Lepasan sekolah, Guru-guru, Penjawat awam, swasta, belia, wanita dan semua golongan...
Hari pembelajaran : Isnin-ahad (9.00 - 6.00 petang)
Tempat : PJK Taman Seri Serendah, sekolah, atau dimana-mana sahaja anda menjemput kami (janji anda mempunyai group anda sendiri dan mempunyai komputer/laptop/mini laptop sendiri. dan tempat itu mempunyai wifi).
Yuran : RM5 sahaja dan satu modul percuma (IES)...jika anda ambil 5 modul bermakna RM 20
Modul : Intel Easy Step (IES), Edit Photo / Blog, Facebook (pembangunan kandungan tempatan), Pengisian Hardware / Format Komputer (Penyelenggaraan dan Perisian sistem operasi)... anda boleh ambil kesemua modul, ataupun salah-satu, ataupun satu sahaja..terpulang kepada anda...

jadi, apa tunggu lagi, menarik dan sangat menarik!!! jadi, kami ingin menarik anda untuk menyertai kami! Sangat mudah dan sangat best...isikan masa cuti sekolah anda dengan sesuatu yang berfaedah!!!

*Sesiapa yang berada di kawasan Sungai Buaya, Bukit Sentosa dan Sungai Choh, jika rasa jauh untuk datang ke Serendah, anda boleh datang belajar di Revell Sungai Choh. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Cik Norhaliza Bt Mohd. Nawawi (013-2006 358)
Bukhari B Zainal Bahrin (013-504 2785)
Puan Zalita Bt Arazmi (016-312 3653)


Khamis, 28 Julai 2011

Julai 2011

Bertemu lagi kite ye..setelah lama syaye yang diberi tugas sebagai penyelia IT ni x mencoret segala rutin dan aktiviti disini. Busy la semenjak akhir-akhir ni. Banyak kerja dan komitmen. hehe! anyway, ni salah satu program yang telah berjalan pada 23 Julai 2011. Program kali ni lah, yang aku aser-aser mencabar skit..(adventure bak kata omputih kannn..) huhu


Al-kisahnye nak menjalan program ni, aku dan staff library (Pn. Nurremy a.k.a Cik Mimi..) berhempas pulas dan mengeluarkan kudrat yang banyak.. nak tahu kenapa?

Firstly, we all dah decide nak wat program ni, we all atur la bebaik..skema gile, sebab nak wat yang terbaeeekkk..huhu.

Rasenye, ni je lah yang termampu kami buat sebab dalam masa yang sama dan dengan sewaktu dengannya, kami ni tetiba pulak kena menghadiri kursus..adoyai, sama lak tu dua-dua. xpe, xpe..dugaan namanya ni! alhamdulillah, 23 julai 2011 tu, semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan walaupun ade la beberapa perkara yang remeh-remeh temeh yang hampir membuatkan kami menangis... huhu, demi MSD dan PPAS, kami berusaha untuk menjadi pekerja cemerlang (muahaha). By the way matlamat kami tercapai untuk menambah keahlian baru seraya mempromosi tentang kewujudan kami di Kampung Sungai Choh ni.

Selasa, 12 April 2011

sekitar bengkel menjahit manik

Syukran,syukran..akhirnya berjaya juga bengkel menjahit manik ni. Peserta seramai 9 orang dan dikendalikan oleh Cik Nur'Aisyah Bt Mat Dawin. Peserta dapat menerima ilmu yang telah diajarkan oleh cikgu dan niat kami untuk menyebarkan ilmu ini berjaya akhirnya...Kami berkhidmat untuk agama,bangsa dan negara.

Jumaat, 25 Mac 2011

Program Keahlian di Sungai Buaya



Tarikh : 24/03/2011
Masa : 2.00 pm - 6.00
Hari : Khamis

Keluar untuk mencari ahli untuk perpustakaan dan perpustakaan jalur lebar sungai choh. Terima kasih pada Pn.Norizan bt Din dan juga Pn. Norazlina sekeluarga.. Kami telah diberikan layanan yang sungguh istimewa disepanjang kempen dijalankan. Walaupun cuma beberapa orang yang hadir, namun feedback nye sungguh memberansangkan. Kami juga ada membuat janji temu untuk membuat program di tempat mereka. Jumpa di sana yaaaa!!!







Rabu, 23 Mac 2011

Bengkel Menjahit Manik

Tarikh : 9/4/2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 am
Sila daftar sebelum 05 haribulan april 2011
pendaftaran RM 25 sahaja

Cepat, cepat..rebut peluang selagi masih ada! kami bawakan anda pengajar bertauliah untuk mengajar anda menjahit manik. Anda akan dibekalkan dengan ilmu jahitan manik asas, jahitan bentuk, dan jahitan diatas kain atau tudung.. jika anda ingin menjahit diatas baju anda sendiri, anda bolehla membawanya sekali.
Manik dan makan disediakan. Kelas selama 2 jam dan Sijil Penghargaan akan diberikan kepada peserta

sila daftar awal ye, sebab hanya 10 orang peserta sekali kelas. jika lambat, anda boleh menyertai di kelas lain. harap maklum. datang ke perpustakaan untuk mengisi borang.
terima kasih

Ahad, 20 Mac 2011

Mari Buat Blog

Jom kita buat blog. Blog ni memudahkan kita untuk mempromosi sesuatu barang atau perniagaan. Kalau dulu, kita terpaksa pergi ke rumah-rumah untuk menjual barang, tetapi, zaman era teknologi ni, hanya pakai jari sahaja. sekali klik, segala maklumat dapat diperolehi.
Luangkan sedikit masa anda untuk membuat blog. Jom kawan-kawan, kita buat blog! Pada yang tak tahu, tak mengapa, jangan risau... saya sedia membantu anda. Kalau tiada masa pun tidak mengapa, biarkan saya yang uruskan!!!
Mari-mari... jom kawan-kawan!!!serlahkan bakat yang anda ada dan jika mahu suka-suka...luahkan perasaan anda di blog.

Selasa, 18 Januari 2011

dah 19 hari bulan hari ini

 dah 19 haribulan 1 dah arini, tapi semakin lengang pjl ni.. Penat aku menanti bersama librarian ni, tapi orang masing-masing sibuk kan...nak buat macamana.ermmm, semalam kan, ade student datang, "camana ni kak..kami nak study.kami nak periksa PMR hujung tahun ni.." so, mula-mula aku wat dunno jer..sebab malas nak amik port..tapi, dengar diorg kata nak buat betul2 dan nak itu-ini..so aku mencelah la.."korang nak belajar ape?". diorang kata "kalau boleh sains.." aduh, penat ni..mata pelajaran yang aku kurang minat tu..so, aku pikir punyer pikir..last2 aku cakapla kat diorang.."camni lah dik, akak nak ajar mcm cikgu ajar pon,xpandai sangat..tapi, apakata..kita wat study group kat sini..dan kite try search soalan-soalan latihan kat internet yer! dan kite bincang sama2.."so, diorang pun set!!!
ha,ha,ha..aku trick budak-budak tu untuk mengunjungi kawasan aku! so, sape-sape yang rase nak join tu, bolehla datang kesini untuk memeriahkan lagi suasana disini ok?

Isnin, 3 Januari 2011

Permulaan Tahun Baru..

Hai-hai-hai, bertemu lagi kita dalam tahun baru, AZAM baru, ape lagi yang baruuu yerrr...ermmm harap2 la gaji yang baru kannnn!!!anyway, kepada sesiapa yang masih belum memasang azam tahun baru...cepat2la pasang azam..dan kalau azam dah dipasang tuu..harap tertunaila hendaknya yer!!!Amin...so, pada tahun baru ni!! saya sebagai penyelia IT Sg.Choh yang cute ni...tengah merancang untuk meningkatkan lagi statistik ahli dan pengunjung Pusat Jalur Lebar Sungai Choh ni..

Taknak lah..asyik di takok lama!!! dan saya malas nak dengar perkataan MALAS la..JAUH la...tu semua alasan...Yang penting sekarang...kemudahan dah ada..grab jer!!! sape lambat xdapat...
Korang ingat x..lagu cerita P.Ramlee tu..."Hai obat,hai obat...kalaulah terlambat..xdapat" haaaaaa..lebih kurang gitu lerrr gamaknya...

Kerajaan dah berhabis banyak untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat kita...untuk anak-anak kita, nak setanding dengan negara lain..nak bagi anak-anak kite Celik IT, Celik Komputer..so, jangan lepaskan peluang ni...Benda bukan susah sangat..cuma cari masa luang sikit dan hantar anak anda kesini...cukup!!! sampai disini..pandailah kami untuk menjaga anak-anak anda untuk belajar komputer! tak mahal la..RM 5 je untuk seumur hidup....haaaa, xnak lagi rebut peluang tu???Rugiiiii...

So, untuk tidak membuang masa, saya menjemput anda-anda semua..anak-anak semua, datang ke tempat kami dan gunakan manfaat yang telah kami sediakan sebaik mungkin!!

Salam Sejahtera dan Salam Tahun Baru buat semua ahli Pusat Jalur Lebar Sg.Choh...
Wassalam